Home owner Youtube


My Skincare Product (Testimoni)

Written on : Tuesday, December 15, 2015 Comments : 1





Hai korang Assalamualaikum,
So, post harini aku nak share dekat korang tentang aku punye skincare product.
Alang-alang tu aku nak share jugak lah dari permulaan aku pakai product ape dulu sampai lah ke product ape yang aku pakai sekarang.
Dulu muka aku teruk gila jerawat,berminyak, bekas jerawat . Kalau korang tengok muka aku pun korang geli la kot? hahahaa.. Muka aku start jerawat since aku darjah 6 dan start berjerawat teruk masa aku form 1. Stress wei, Aku hilang keyakinan diri, member sekolah aku selalu ejek aku "jerawat". Hahaha,, Tapi sekarang dah kurang la.

Masa aku darjah 6 aku tak pakai pencuci muka tapi aku pakai cream

FAIR AND LOVELY



Dulu aku budak budak lagi dan masa tu pun aku tak tau asas penjagaan muka. Aku selalu tengok mak aku cuci muka. So, aku pun menyebok nak pakai jugak. Krim ni pun ayah aku yang kasi dekat aku dia kata benda ni krim je. So.. aku pakai laa..

and then naik form 1 jerawat dekat muka aku makin lama makin bertambah, aku pun pakai satu product ni.. Ini pun mak aku yang pilih. Aku tak tau ape ape pun.

CLEAN AND CLEAR



Pencuci muka ni first first aku pakai. Time tu aku pakai clean and clear ni je la... itu pun mak aku yang beli kan..Aku pakai je sebab aku baru form 1 wei tak tau apa-apa. Dia punya hasil pun tak berapa nak mujarab dekat aku. Dia punye jerawat makin lama makin menjadi-jadi (mungkin sebab hormon tak stabil) . Then, aku tengok satu iklan ni dekat tv. So, aku pun tukar la pencuci muka ni. Memang masa tu aku dah memang fedup gila dengan pencuci muka clean and clear ni sebab takde ape-ape perubahan langsung ! jerawat makin bertambah ade la.

OXY 
           

Haa.. Jenama ni la yang aku tengok dekat iklan tv tu...Aku pun beralih lah pakai pencuci muka ni.
Oxy ni masa aku pakai pun takde ape ape perubahan sama macam clean and clear. Sakit hati tau..Oxy ni aku pakai masa form 1 sampai form 2 ... Jerawat time tu memang takde perubahan langsung stress. Kecewa jugak la. Dulu member lain berjerawat jugak tapi tak seteruk aku time tu.
Last-last aku fedup dengan pencuci muka ni aku beralih ke product pencuci muka baru lagi.
\
Tia Amelia



Then, masatu mak aku belikan aku produk tia amelia. Masa tu aku remaja lagi kan, hormon memang tak stabil so, mak aku dia bagi aku krim kunyit dengan sabun pencuci muka je tak beli set. Aku beli set masa aku tingkatan 4. Aku pakai product ni pun tak lama sangat. Masa form 4 aku pakai balik product ni.. itu pun sebab mak aku pernah try pencuci muka ni and makin lama makin lawa mak aku. Bila aku pakai takde perubahan langsung tu yang aku stress tu. Kenapa mak aku ada perubahan? kenapa dekat aku takde? Okay.

Collagen Plus Vit E 



Lepastu masa aku form 4 aku tukar lagi product. Masa tu member dengan kakak ipar aku ada pakai collagen ni. Berkesan jugak dekat dia. Lawa, putih, flawless.. Aku pun menyebok lah nak pakai jugak. Malam tu aku mintak ayah aku bawah pergi tesco ke dekat kedai jamu tak ingat la time tu. Then, Aku beli set.
Aku tak pakai lama sangat aku stop pakai sebab masa tu aku ada baca dekat facebook pasal "mercuri"
Diorang pun ada mention collagen ni dengan tabita ada. Last last aku tukar lagi skincare product.

NuTeen 



Aku pakai pencuci muka ni pulak. Sebab aku tertarik dengan iklan dia hokhokhok. Nuteen ni pun berkesan dengan aku masa tu, Aku boleh nampak jerawat dekat muka aku dah mula kecut. Happy gila time tu tapi dia kecut tak cepat la... amik masa lama...\

And then bila muka aku dah mula elok aku tukar lagi pencuci muka. Hahaha.. Nampak tak? bertapa tak setianya aku.

Garnier 


Konon nya bila muka aku dah elok aku nak putih kan muka. Hmm, Last-last tak jadi aku tukar lagi product.

Safi



Aku pakai safi ni masa aku form 3, Safi ni elok jugak time tu muka aku jerawat dia kurang. Tapi satu je lah masalah bila aku pakai. Muka aku jadi gelap. Sampai lah abang aku ingat aku ni anak mamak dari jauh. Malu weeei ! Aku bengang aku tukar lagi pencuci muka.

SebaMed Clenser



Kalau nak ikutkan banyak lagi produk yang aku pakai tapi aku tak ingat produk jenama ape.. So skip ke sekarang aku pakai ape la ye? Okay, Masa aku nak tukar pencuci muka aku mintak pendapat ayah aku pulak yela, asyik tanya pendapat mak aku je. Aku try mintak pendapat ayah aku. Masa kat guardian ayah aku semestinya tak tau ape ape pun pasal pencuci muka ni sampai ayah aku jumpa product ni terus bagi aku. Harga dia tak sure berapa.. Dalam RM26 ++ la kot. Aku pun try la and almost 3 minggu aku pakai product ni. Aku berani reccomend product ni untuk korang yang ada pimple banyak.. Sebab product ni memang betul2 berkesan kat. Takde kesan sampingan.


1 comments:

BELLA LEE said...

wahh thank you sharing ^^