Home owner Youtube


After SPM

Written on : Saturday, November 28, 2015 Comments : 0
Hai and Assalamualikum.



Dah lama gila aku tak update post. Lama weeh!!Ye la, Spm kan?  (padahal semua post2 lama aku dah delete hikhikhik)
Okay so, since aku ada lagi 2 paper je lagi belum selesai so aku nak update awal-awal la.
Lepas aku dah amik keputusan spm ape aku akan buat?
Aku nak amik course apa?
Okay. Actually, Aku dengan ayah aku ada bincang pasal ni since ayah aku pun tengah cari-cari kan universiti untuk aku.
Insyaallah kalau keputusan spm aku baik aku nak masuk bidang undang-undang a.k.a Peguaman.
Tapi ayah aku cadang aku amik bidang finance atau business. Mak aku pun setuju dengan ayah aku. Mak aku dia tak berapa minat kalau aku amik bidang peguaman dia kata kebanyakan perempuan yang kerjaya dia peguam banyak kes cerai sebab mulut. Biasa lah kan, dah nama pun peguam mulut tu pun mesti kena pandai berkata-kata. Bila bergaduh dengan suami pun mulut mesti nak berkata-kata.
Bila aku fikir-fikir balik betul jugak ape mak aku cakap. Ayah aku pulak dia tak kisah aku nak amik course ape pun janji aku minat dan bersungguh-sungguh. Ayah aku dia support je bidang ape yang aku nak. Dia cuma bagi cadangan kat aku sama ada amik finance sebab senang cari kerja bila dah habis belajar nanti. Memang betul ape ayah aku cakap tapi itu lah, Aku ni sebenarnya tak berapa minat sangat dalam bidang-bidang urus mengurus ni. Aku lebih kepada membaca atau Computer.

Kalau la takde rezeki aku nak masuk dalam bidang peguaman, aku nak amik bidang computer.
Kalau boleh nak amik computer sains. Tapi, computer sains ni pun masalah jugak sebab aku dengan member baik aku ada jumpa cikgu kaunseling aritu cerita pasal bidang ape lepas spm nanti. Aku tanya cikgu kaunseling tentang computer sains and dia cakap kalau boleh jangan amik bidang computer sains sebabnya lepas habis belajar nanti susah nak dapat kerja. Bila aku fikir-fikir balik masalah jugak kan.

Hmm.. Entah lah. Aku pun pening jugak, Bidang yang aku minat semua tak kena.
Ape-ape pun aku nak spm aku cemerlang.. Aku tak target berapa banyak "A" aku cuma target lepas nak masuk u je. Tapi ape-ape pun korang doakan aku supaya dapat spm yang cemerlang yee... :)

Okay lah youolls. Sampai disini jelah celoteh aku pada harini. Jumpa lepas aku habis spm. Tak lama lagi 2 hari je nak habis spm.

0 comments: