Home owner Youtube


Sahabat, Sekolah, SPM .

Written on : Tuesday, September 22, 2015 Comments : 0




Sahabat,
Kawan,
Sekolah,
Kerja Rumah,
Cikgu Kesayangan,
Cikgu tak berapa suka,
Buku sekolah.

Yee.. Itu sekolah.
Aku masih lagi dalam zaman persekolahan.
Dulu masa aku kecik, aku teringin nak jadi macam kakak-kakak and abang-abang dekat sekolah menengah.
Bila aku dah ke peringkat Sekolah Menengah, aku teringin nak habis sekolah.
Nak sambung belajar dekat universiti.
Nak pakai baju bebas.
Tak payah pakai uniform sekolah.
Tak payah susah susah bangun pagi-pagi buta,
Belajar dalam air-cond.

Tapi bila difikirkan balik.
Aku rasa macam susah nak hadapi realiti hidup ni.
Aku takut. Kalau SPM aku tak berjaya macam mana dengan life aku nanti?
Macam mana dengan masa depan aku?
Macam mana aku nak hadapi masalah dunia?
Masalah rakan?
Masalah kewangan?
hmm..

Bila dalam kelas,
aku renung sahabat-sahabat aku.
Tengok gelagat diorang.
Ada yang suka ponteng, Ada yang suka melawa, ada yang suka gossip, ada yang suka reka cerita, ada rajin belajar, ada yang suka bahan orang, yg lelaki ada yang suka betulkan rambut.
Kelakar pulak rasanya.

Tahun ni aku akan menduduki SPM.
Ya ! SPM.
Peperiksaan yang akan menentukan masa depan aku.
Aku tak berapa yakin sebenarnya.
Ibu bapa aku selalu cabar aku.
Selalu paksa aku.
Tapi ape-ape pun aku kena lawan !
keras kan hati ni.
Ini je peluang terakhir aku.
Cuma satu je aku nak.
Aku nak jadi anak yang berjaya.
Anak yang boleh dibanggakan.
Aku nak dengar ketawa ayah aku saat aku memegang satu sijil yang sangat bermakna,
mengambil gambar aku yang sedang memegang sijil.
Aku nak ayah aku senyum bila tengok aku, Ketawa tanda kegembiraan.
Dulu ayah aku nak aku jadi Doktor. Tapi sayangnya aku tak dapat capai hasrat ayah aku.
Lagi pun aku tak berminat langsung dengan bidang kedoktoran.
 Hmm.

0 comments: