Home owner Youtube


Ligamen Lutut Koyak

Written on : Tuesday, February 07, 2017 Comments : 5


Hai and Assalamualaikum,
Hari ni tiba-tiba rasa macam nak buat entry pasal ligamen lutut lepas kaki terple'ot buat workout (burpess) tadi.
Benda ni puncanya bermula pada tahun lepas.
Kelakar betul kalau diingatkan balik. Leka sangat main phone tau tau je dah landing dekat lantai bawah. Express tak payah pakai lift atau escelator. Hahahaha !
Lepas jatuh tangga tu aku ada dengar bunyi "pop" dekat lutut aku. Mula-mula tu aku ingat angin biasa je alaah.. No hal lah sikit je. Tapi lepas beberapa saat tu aku rasa lutut aku sakit gila tak terkata.
Masa tu mak aku nampak terus dia panggil abang aku. Diorang pun angkat aku and aku baring dekat sofa. Since abang aku dia jenis tau bab-bab urut lepas injured ni dia tolong la urut sikit. Lepas abang aku urut tu dah rasa okay dah. Sakit yang luar biasa jadi sakit sakit biasa je bak kata orang "Sakit macam kena gigit semut je". So, aku rehat jap sebelum nak pergi amik ayah aku rasanya. Tak ingat sangat time tu. Tapi yang pasti memang niat aku nak shopping baju je.
  Lepas aku rasa macam dah okay dah, aku dan yang lain pun get ready nak keluar.. Masa jalan tu memang dah rasa tulang kaki tu macam dah lari sikit tapi takut nak bagitau nanti diorang kata aku ngada-ngada. Lepas je aku sarung kasut (yang ada heels eh ! 3 inch punya heels) masa aku nak jalan tu rasa tulang kaki dah memang lari betul-betul dari tempurung dia. Ya Allah ! Bila aku ingat balik sakit dia tu ngeri weehhh.. Sedih gila ! Aku jatuh kat depan rumah tepi tong sampah besar. Abang aku cakap aku jatuh macam buah nangka jatuh. HAHAHA ! 
  Lepastu abang dan mak aku pun angkat aku bawak masuk dalam kereta. Terus kitorang proceed jalan nak amik ayah aku.
  Lepas amik ayah aku, Aku pun cerita lah dekat ayah aku ape yan terjadi sambil tu nangis sebab teringat sakit ngeri dia tu. Terus ayah aku bawak aku pergi klinik pakar dekat dengan area rumah aku.
 Masa dalam klinik tu doktor tanya lah aku macam-macam.. So, aku cerita lah dekat dia.. Masa aku cerita tu aku tengok reaksi muka doktor tu dah lain macam. Terus dia panggil nurse and buat X-Ray. Dia cakap dia  takut benda tu ligamen lutut terkoyak. So, aku pun dibawa ke bilik X-Ray for the first time and obey je la arahan nurse. Lepas buat x-ray semua tu.. Doktor cakap "Betul lah, ligamen lutut kamu terkoyak. (sambil tu dia tunjuk paper x-ray) Tapi jangan risau dia tak putus cuma terkoyak sikit je". Ayat terakhir dia tu aku tau dia just nak hilangkan rasa risau aku. Haih macam tau-tau je. So, dari situ dia cerita dengan lengkap apa itu ligamen lutut terkoyak.. itu ini.. Malas nak explain sebab aku rasa kalau korang search dekat google ada kot Definition, punca, aktiviti apa yang tak boleh buat lepas ligamen lutut terkoyak. Lepas je doktor explain, dah balut kaki aku and dah bagi ubat terus aku balik. So.. itu lah cerita dia. 
  But now 8/2/2017 kaki dah okay dah. Dah boleh slow jog, jalan laju, naik tangga and workout sikit kecuali burpees maybe aku salah landing kot pagi tadi aku terletak beban dekat lutut yang pernah injured ... But still rasa lutut kaki tu terkepak kalau aku buat aktiviti lasak. Baru je nak pasang niat nak hiking. Tapi macam kena postponed je hiking. Hmm.. Aku harap cepat la lutut kaki ni sembuh sepenuhnya macam biasa. Seksa weehh.. Ngeri.. Dulu masa first kena, Nak solat pun tak boleh..

  

Review : Freeman mint and lemon claymask

Written on : Tuesday, February 16, 2016 Comments : 0
Hai ! Assalamualikum,
Harini aku nak bagi review satu product ni... Product yang aku nak bagi review ni ialah mask muka.


Mask ni so far aku dah pakai almost 2 month. 
Sangat sejuk bila pakai benda ni and sangat best !
Dia ada macam-macam jenis mask ada. Tapi since muka aku berminyak and berjerawat aku amik mint and lemon claymask.
Benda ni sangat berkesan youolls.. Kita pakai 2 kali/Seminggu.
Harga mask ni tak mahal. Around RM20 dekat Guardian. Kalau dekat Watsons,Rawang aku tak jumpa lagi so far. Tapi tak tau la kot kot ade..en. 


Dia punya texture heavy and creamy which is very easy to apply on your face and once dia dah kering muka korang akan jadi tegang ... macam gambar bawah ni.


Ni close up dia bila benda ni dah kering.
Dia macam bedak sejuk gak cuma this one more focusing on breakouts and oily skin.
So, i reccomend this product if u are on budget.
Very cheap, affordable and high quality product.