Home owner Youtube


Penang Trip

Written on : Thursday, April 06, 2017 Comments : 0
Hai and Assalamualaikum to all sisters and bros.
Malam malam macam ni (eh silap dah tak malam. Pagi dah) Aku nak coret sikit lah pasal trip aku pergi Pulau Pinang dengan semua classmate aku.
Tak special mana pun pergi sana maybe sebab dah banyak kali pergi sana jadi bila pergi lagi tu okay la cuma ada kelainan sikit.. Selalunya travel dengan family tapi kalini aku travel dengan kawan-kawan.
Aku pergi sana pun bukan suka-suka.. Pergi untuk assignment Malaysian Studies kitorang kena buat video documentary pasal benda bersejarah. Nak kena cerita balik pasal lah sejarah sejarah yang ada dekat sana. Pasal francis light, Bangunan fort corntwalis and banyak lagi la.. Okay. Meh stop pasal intro aku nak cerita perjalanan aku dekat sana.

1st Day
Tak banyak or pack sangat activity cuma pagi tu ada class macam biasa dan petang tu baru kitorang gerak. Dalam pukul 3 petang kitorang gerak. Ermm.. Actually bukan tepat pukul 3.. Maybe dah nak 4 petang rasanya baru kitorang gerak sebab ada student lambat. Lepas kitorang gerak dari Shah Alam, kitorang sampai Pulau Pinang dalam pukul 11p.m lambat kan? first, sebab student tak on time. Second, kawan aku dia asal memang dari Pulau Pinang jadi dia cakap dengan kitorang yang Pakcik driver tu ikut jalan jauh. Sepatutnya lepas jambatan Pulau Pinang tu dalam 20 minutes dah boleh sampai ke USM Pulau Pinang. Tempat dimana kitorang kena tidur dekat hostel tu untuk 3 Hari 2 Malam.


Aku tak excited sangat or tak expect lebih-lebih pun sebab dah nama pun "hostel student" usm lagi tu kan.. So, tak expect situ ada aircond or ada private toilet. Tapi agak marah sikit sebab masa aku mula-mula masuk dalam bilik tu tuptup got nothing. Takde cadar, bantal and sarung bantal. Aku tak kisah pun bilik dia macam mana tapi benda basic yang aku rasa aku tak perlu bawak tu aku marah sikit. Lagi kesian dekat kawan-kawan aku la.. Diorang ni lagi cerewet dari aku (dah nama perempuan kan? hahaha) Semua kawan-kawan aku merungut... Sampai ada yang bagi suggestion nak keluar usm tu and sewa hotel budget. Tapi tak boleh sebab kitorang dah bayar Hostel dia. Plus, Lecturer aku cakap kalau sorang keluar satu classmate kena keluar jugak.
Aku tanak cerita panjang but at the end, aku and kawan-kawan yang lain turun lobby and dapatkan barang-barang basic tu dengan orang hostel tu. Benda ni settle dalam puu 1 pagi. Lepas pung pang pung pang sarungkan cadar, bantal semua tu aku dengan roomate aku pun lepak dekat bilik sebelah kejap sambil aku tunggu turn aku nak solat jamak dekat bilik sebelah. To be honest, lepas kitorang sampai tu memang kitorang tak makan langsung. Nak keluar tapi tengok jam dah pukul 1 pagi and semestinya dekat area usm tu memang kedai makan dia tutup. Jadi kitorang pun tidur dalam kelaparan. Nak keluar dari USM cari kedai makan tapi takut sebab bukan tempat kita kan.

2nd Day
Activity dah bermula... Kitorang diarahkan untuk berkumpul dekat cafe USM pukul 7:30 pagi.
Kami gerak dalam pukul 8:00 pagi .. Kami pun sarapan dekat satu kedai makan ni aku tak ingat tempat dia.. Tapi aku tak makan dekat kedai yang bas berhenti tu.. Kitorang jalan jauh sikit and makan dekat Restoran Nasi Kandar dalam kedai dia not bad la bersih... Aku order Bihoon Goreng dengan teh'o ais. Mula-mula nak makan nasi kandar tapi bila fikir balik rasa macam tak sesuai je masa dia makan nasi kandar waktu pagi. Jadi aku pun order Bihoon goreng.
Lepas je sarapan kitorang pergi Muzium Perang. Scary jugak lah pergi muzium perang tu sebab mostly zaman-zaman jepun kan.

[My Group]

Lepas kitorang buat documentary, Kitorang terus pergi ke Kek Lok Si Temple. Aku tak explore sangat dekat situ sebab masa tu dah petang.. Cuaca pulak panas gilaa.. Sunburn mak aihhh.. Aku keluar just beli ais krim and teman kawan aku naik sampai temple dia. Aku tunggu dekat bawah je sebab panas sangat, lapar dan panas sangat.

Lepas buat second documentary .... Baru lah kitorang dapat makan petang. Kitorang makan dekat kedai warung melayu. Masa petang tu nothing special laa aku just makan nasi campur dengan air teh'o suam.

Lepas makan kencang-kencang kitorang pergi  Rumah P.Ramlee and Batu Feringghi.
Batu freingghi tak buat documentary pun just stop sana and lepak lepak dekat pantai jee.. 



Kitorang lepak dekat batu feringghi tu lama jugak laa.. Kitorang sampai dalam pukul 5:30 petang lepastu lepak sampai pukul 8:40 malam.
Best jugak laaa... dapat tengok view and to be honest aku dah lama gila tak pergi pantai. 


Okayy ! Memandangkan dah pukul 5:14 a.m Aku nak stop dulu cerita ni. Nanti aku buat entry baru pulak untuk sambungan hari ketiga yeee... stay tuned!

0 comments: