Home owner Youtube


How To Save Money (Cara Saya)

Written on : Wednesday, April 05, 2017 Comments : 3
Assalamualaikum and Hai Sis and Bros.
Harini aku nak cerita or nak share sikit ilmu macam mana aku simpan duit.
Aku dulu pun masa nak menyimpan duit pun agak susah jugak nak menyimpan tapi dengan cara-cara macam ni Alhamdulillah so far so good la...
Jadi macam mana ye aku simpan? Haaa.. sini sis share...

1. Jangan ikut nafsu

Tipu lah kalau korang especially perempuam takde nafsu membeli ye dok? haaa.. this time cuba try kawal nafsu nak membeli and try berpuasa. Kalau Aku la kan... Aku akan tanya dekat diri aku dulu "Berbaloi tak aku beli?", "Benda ni memang aku betul-betul pakai ke?", " aku akan pakai banyak kali tak kalau aku beli barang ni?" dan macam macam lagi lah aku mempersoalkan dekat diri ni sebelum aku beli. 

2. Jangan ikut kawan

Pernah tak ada satu masa tu bila kau tengok kawan kau ni suka membeli dan secara automatik kau rasa insecure dan kau pun nak jadi pemboros macam dia. Dia beli baju, kau pun nak beli baju. Dia beli kasut kau pun nak beli kasut. Padahal kasut kau banyak je dekat rumah tapi kau rasa tak cukup. Rezeki masing-masing kan.. Ada yang dia lahir je dah kaya, tak payah nak menabung. Ada yang lahir je kena usaha sendiri dulu. Jadi jangan ikut kawan sangat... Mungkin dia dah simpan duit lama dah dari dia kecik nak achieve sesuatu. Bila dah besar dia melabur lah.. Yang kita pulak tengok dia yang sekarang senang je melabur kita pun nak ikut padahal dalam bank account kau ada RM20 je tinggal.

3. Buat Wishlist.

Yang ni pun penting jugak sebab wishlist ni lah benda yang kita kena set  target or goals kau nak beli apa kalau kau simapan duit. Ada orang dia simpan kejap lepastu bila member dia ajak keluar shopping terus dia korek tabung balik. Haaaaa... jangan macam gitew yeee... Jadi disiplin sikit bila kita nak menabung ni. Sebelum nak korek tabung ni tanya banyak-banyak dalam diri. Rugi tak kalau kita korek tabung sekarang.

4. Utamakan yang penting

Benda ni la yang paling susah sekali aku nak decide ape aku nak utamakan. Lagi-lagi bila kau kena bayar duit projek assignment, duit kau hutang dengan member, buku yang lecturer kau suruh beli, bill air, bill elektrik, duit sewa rumah, bill wifi. Lagi pening bila semua tu kau kena bayar dalam 1 minggu tu.. Aduhaii... Sampai makan minum pun tak terjaga seh... Kena ikat perut sikit. Tapi alhamdulillah aku tak pernah lagi ikat perut cuma aku cut cost duit belanja aku. Contoh, setiap petang aku biasanya beli nasi kukus ayam RM 5. So,Aku akan ubah makan chappati RM2.50 dekat kedai mamak. Jadi aku akan save RM2.50 sehari tu.

5. Disiplin

Pernah tak korang baru je nak pasang niat nak berjimat a.k.a nak save duit tiba-tiba ada member ajak keluar lepak or shopping.. If perempuan jangan cakap laa diorang mesti ada yang demand tinggi, Nak kedai mahal la, nak kedai hipster laa... (tapi tak semua kawan yang jenis boros) Secara automatik korang akan rasa nak ikut jugak isn't it? Rasa macam kau tak up-to date laa and lagi-lagi kalau kau duduk rumah sewa lepastu housemate kau semua jenis yang menghilang... Mesti kau bosan plus, rasa kurang selamat sebab duduk rumah sorang-sorang... So, mesti korang akan terfikir "Nanti-nanti je lah menabung". I suggest jangan laaa ada pemikiran serbagini rupaa.. Tak elok. Nanti kita menyesal.. Be disiplin ! Boleh kau ikut diorang lepak tapi kira-kira lah budget duit tu dulu. Cuba kawal nafsu. Amik yang berbaloi order. Jangan member beli makanan mahal, kita pun nak ikut sebab malu nanti diorang cakap "kau takde duit ke?".

6. Wujudkan Tabung

Kita nak kumpul duit obviously la tabung kena wujud.. Kalau takde tabung macam mana nak simpan duit ye dok? hahaha.. And tips nak bagi kita bersemangat nak menabung ni cuba beli tabung yang cantik-cantik dekat daiso ke, MR. Diy kee... dekat mana-mana lah... Sebab benda ni pun ada main phsyco kita sikit... Okay.. Macam aku, aku beli tabung comel comel and secara automatik aku akan terfikir .. "Buat apa aku beli comel-comel tapi takde isi banyak dalam dia?"

7. Amalkan sikap "simpan dan lupa"

Ni pun berkesan jugak dekat aku... Sebab bila kawan aku ajak keluar or aku nak beli sesuatu yang bukan keperluan aku....aku mesti tengok dompet aku dulu, aku akan terlupa yang aku ada duit lagi dalam tabung. If aku ingat pun aku buat buat lupa sebab dengan kaedah ni kau takkan terfikir yang kau nak "korek tabung" untuk benda yang kau rasa tak berbaloi untuk dibelanjakan.

8. Target simpanan seminggu.

If kau buat objective macam ni secara automatic kau akan rasa itu satu cabaran untuk kau. Macam aku.. Aku buat calculation dulu sebelum aku simpan... contoh dia macam ni

Duit Belanja seminggu = RM120
Duit belanja makan (Per day) :
     Pagi     : Rm 0.00 (Aku skip sebab selalunya aku tak sempat nak makan)
     Petang : Rm 6.00
     Malam : Rm 8.00
     Total     : Rm 14.
Rm14.00 x 7 hari = Rm 98
Rm 98 - RM 120 (duit belanja asal) = RM22.
 1 Week = RM22

Jadi 1 week tu aku target simpan RM22. If tak sampai atleast RM 2 aku simpan dalam tabung janji ada isi within 1 week tu. Kalau kira balik RM22 x 6 week kita dah boleh dapat RM132. Haaa.. Tak kira total untuk kita simpan setahun lagi..

Selamat Menabung ! hehehe

3 comments:

affriena zubil said...

wahhhh..boleh follow jugak tips ni. thanks dear :D

Eyqa Zq said...

Orang perempuan ni memang pantang tgk barang semua rembat je. Haha. Biggest kelemahan saya ialah buku. Tak sah kalau keluar kedai buku tanpa at least satu buku dibeli. haha.

nice tips. :D

Aie Fyra said...

Affriena Zubil : Hahaha.. welcome sis.. hehehe
Eyqa zQ : hahaha kan ? Tau takpe! kalau saya keluar dengan kawan pun nafsu nak membeli tu mesti ada.. hehehe